Home
Tahajjud Cinta

Tahajjud CintaTahajjud Cinta is the fourteenth studio album from Malaysian pop singer-songwriter Dato' Siti Nurhaliza.

This album was released on 9th September 2009 in stores all over Malaysia and was officially lauched on 10th September 2009. This is Siti Nurhaliza's first holistic album featuring songs of praises towards the creator. Engaging a well know composers Audi Mok, Eddie Marzuki, Tya Subiakto. Siti also too composed on of the song in this album. This album that has great potential to be one of the hit albums in the industry.

Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn. Bhd. (SNP) produced this album with Suria Records (SRC) as the distributor featuring 8 songs for music lovers.

Mentionable songs in this album will be Tahajjud Cinta, Pintu Rindu and Ku Percaya Ada Cinta.

SN MOBILE DIGITAL

Tahajjud Cinta album now available for download!  

Album Info

Released: 9th September, 2009

Genre: Holistic

Length: Nil

Label: Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn. Bhd.

Producer(s): Dato' Siti Nurhaliza, Eddie Marzuki, Audio Mok, Tya Subiakto 

Track Listing

"Asma Ul Husna"  Eirma Fatima | Lyrics

"Pintu Rindu" Hairul Anuar Harun | Lyrics

"Tahajjud Cinta" Eirma Fatima, Hairul Anuar Harun | Lyrics

"Batasku Asaku" Dato' Siti Nurhaliza, Attan Hardilas | Lyrics

"Ku Percaya Ada Cinta" Audi Mok, Habsah Hassan | Lyrics

"Ya Rasulullah" Abu Bakar Mohd Yatim | Lyrics

"Ketika Cinta"  Opick | Lyrics

"Selawat" Copyright Controlled | Lyrics

Audio Player 

 

 

Press Release

 

ALBUM KEROHANIAN `TAHAJJUD CINTA’ DATO” SITI NURHALIZA

Bertepatan tarikh 09.09.09 album kerohanian pertama Dato’ Siti Nurhaliza yang berjudul Tahajjud Cinta telahpun dipasarkan. Album yang mengekalkan konsep pop serta menampilkan mesej kerohanian ini diterbitkan oleh Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn.Bhd. sebagai satu amanah dan tanggungjawab kepada industri muzik untuk mempelbagaikan lagi konsep album yang terdapat di pasaran masakini.

Tidak banyak dalam pasaran artis-artis yang menampilkan sebuah album yang bermesejkan kerohanian dan ia hanya tertumpu kepada album yang dinyanyikan oleh artis atau kumpulan nasyid.

Siti Nurhaliza merasakan amat tepat album ini dilancarkan pada bulan Ramadhan yang penuh berkat ini kerana ia bertepatan dengan konsep atau mesej kerohanian yang disampaikan menerusi album `Tahajjud Cinta’.

Sebagai seorang penyanyi, Siti Nurhaliza telahpun muncul dengan album pop dan tradisional sebelum ini dan kini beliau membuat cubaan pertama menghasilkan sebuah album pop yang keseluruhan mesej atau liriknya ke arah kerohanian. Berpegang kepada peranan artis yang sering dijadikan ikon atau idola kepada penggemarnya, Siti berharap agar menerusi album kali ini beliau dapat memanfaatkan sesuatu yang baik dalam kariernya yang boleh dikongsi bersama para peminat dan pembeli album Tahajud Cinta.

Album yang diterbitkan oleh Eddie Marzuki, Audi Mok, Dato’ Siti Nurhaliza dan Tya Subiakto ini memuatkan 8 buah lagu iaitu Asma Ul Husna, Pintu Rindu,Tahajjud Cinta, Batasku Asaku, Ku Percaya Ada Cinta, Ya Rasulullah, Ketika Cinta dan Selawat.

Antara komposer dan penulis lirik yang terlibat dalam album ini ialah Eirma Fatima, Dato’ Siti Nurhaliza, Audi Mok, Abu Bakar Mohd Yatim (anggota Raihan), Opick , Hairul Anuar Harun, Attan Hardilas dan Habsah Hassan.

Siti Nurhaliza turut menyanyikan kembali lagu yang pernah dipopularkan oleh kumpulan Raihan iaitu Ya Rasulullah dalam versi yang telah digubah semula kerana merasakan lagu tersebut amat menyentuh perasaannya sewaktu mendendangkan lagu itu dalam teater Sirah Junjungan di Istana Budaya tidak lama dahulu.

Lagu Ketika Cinta adalah lagu asal penyanyi dakwah Indonesia, Opick telah dirakamkan semula dengan susunan muzik baru dan lagu itu juga menjadi lagu tema filem Indonesia  `Perempuan Berkalung Sorban’.

Lagu Pintu Rindu (asal lagu Arab yang telah dibuat lirik bahasa Melayu) dan selawat juga dimuatkan dalam album ini kerana ia mempunyai kekuatan yang tersendiri dari segi melodi dan mesejnya. 

Manakala lagu ciptaan baru yang dihasilkan dalam album ini ialah Asma Ul Husna, Tahajjud Cinta, Ku Percaya Ada Cinta dan Batasku Asaku.

Siti amat berpuas hati dengan penghasilan album ini kerana menyifatkan kesemua lagu dalam album ini mempunyai keistimewaan yang tersendiri dan mampu menyentuh terus ke jiwa setiap pendengar.

Selain mementingkan kualiti penerbitan dengan menggunakan penerbit album yang berpengalaman serta penggunaan live strings, Siti juga berharap agar album sebegini mendapat perhatian stesen-stesen radio kerana mesejnya yang membawa kebaikan.

Album yang diedarkan oleh Suria Records ini dijual dalam bentuk cakera padat dengan harga RM29.90. Beliau juga amat berharap agar para peminatnya akan mendapatkan album yang asli bagi menghargai usaha anak seni yang masih bersedia menerbitkan album walaupun industri muzik bertambah gawat sekarang ini.

 

Awards

 

 

Members Online

Total Visitors: 18
No members online
SitiZoners: 0 | Guests: 18
Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn Bhd 

Member Login

SitiZoner Menu

CTKD in stores Now!

Vote Your Song

CTKD Favourite Song
 

Total Members

11872 registered
0 today
8 this week
47 this month